Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
Kolagen membantu mengatasi kekurangan air yang menyebabkan kulit kering sambil mencantikkan dan menyegarkan kulit serta mencegah penuaan.
Memberikan apa yang anda perlukan untuk melawan proses penuaan
Semua yang anda perlu tahu tentang K-Z Collagen.
KZ-Collagen ialah minuman tambahan yang berfungsi melengkapkan kekurangan bekalan kolagen dalam badan kita. Dengan mengambilnya secara berkala, ia mengekalkan kesihatan kulit anda dan mengurangkan sakit sendi. Ia diperbuat daripada bahan semula jadi. Oleh itu, ia selamat diambil.
Untuk memaksimumkan fungsi kolagen, kekalkan bekalan kolagen ke dalam badan dengan meminum KZ-Collagen. Minuman tambahan ini memberikan rupa baharu kepada kulit anda dan mengekalkan kesihatannya, mengurangkan garis halus dan kedutan, menguatkan kuku serta memperbaiki struktur rambut. Jika minuman ini diambil sebelum senaman atau sebarang aktiviti fizikal, fungsi kolagen adalah yang terbaik kerana ia akan meningkatkan tenaga dan prestasi.
Kolagen ialah protein utama tisu penyokong dalam badan manusia. Kewujudannya mewakili 30% daripada jumlah protein dalam badan. Ia menyokong kebanyakan sel yang memberikan kekuatan struktur dan keanjalan kepada kulit dan tisu. Kolagen amat penting dalam badan kita bagi pembentukan tubuh manusia, membentuk kulit, otot, tendon, kuku, rambut dan tulang
Kadar penghasilan kolagen menurun 1.5% setahun selepas umur 25 tahun. Kesan pengurangan ini mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas umur 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen sedia ada. Oleh itu, kolagen diambil sebagai minuman kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoartritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosklerosis selain digunakan sebagai kosmetik dan pelembap kulit.
Probiotik ialah bakteria baik yang digunakan untuk memperbaiki keseimbangan flora usus dan bermanfaat dalam pelbagai cara. Probiotik mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap asid dan hempedu bagi memastikan ia mampu hidup dalam saluran gastrousus. Justeru, probiotik dapat melindungi kita daripada mikroorganisma, kulat dan virus.
Usus ialah barisan pertahanan pertama badan terhadap bakteria berbahaya. Perlindungan usus ialah komponen penting sistem imun yang sihat. Oleh itu, mikroflora usus yang seimbang membantu meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. Ketidakseimbangan flora usus akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan yis berbahaya yang boleh membawa kepada masalah kesihatan termasuk masalah penghadaman dan masalah kronik seperti penyakit usus.
Kolagen membantu mengatasi kekurangan air yang menyebabkan kulit kering sambil mencantikkan dan menyegarkan kulit serta mencegah penuaan.
Kandungan kolagen dalam lapisan korium membekalkan nutrien kepada epidermis, rambut dan kuku supaya kekal cantik dan kelihatan lebih bertenaga.
Kolagen mempercepatkan pembentukan sel baharu, seterusnya ia dapat mencegah pengumpulan pigmen dengan berkesan dan membantu mencerahkan kulit.
Pengambilan kolagen yang mencukupi boleh memulihkan keadaan normal seterusnya melambatkan osteoporosis, yang tidak dapat dielakkan hanya dengan mengambil suplemen kalsium.
Sebenarnya, rangkaian payudara dibentuk oleh tisu penghubung dan lemak, yang bertindak sebagai penentu pembentukan payudara. Kolagen ialah komponen utama pautan penghubung dan bertindak bersama polisakarida protein untuk membentuk rangkaian kukuh bagi menyokong dan mengencangkan payudara supaya lebih cantik.
Healthy People · Healthy Business · Healthy Future
1 sachet setiap hari sebelum sarapan. Lebih sedap jika dihidangkan sejuk. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.
Kali pertama: 1 sachet sehari. Minum 10-14 kali secara berterusan.
Anda boleh melihat perbezaannya dalam 10-14 hari, bergantung kepada tindak balas sistem badan individu.
Masih ada pertanyaan? Hubungi kami melalui borang di bawah.
Borang ini akan membuka aplikasi e-mel anda sendiri dengan mesej sedia untuk dihantar ke pleasure@tricajuice.com.my. Anda juga boleh e-mel terus atau hubungi 03-7987 2778.